Skip to content

Latest commit

 

History

5 Commits

Folders and files

NameName
Last commit message
Last commit date
 
 
 
 
 
 

Repository files navigation

Kalkulator Surat Ar-Rahnu (SSJ)

Kalkulator Ar-Rahnu Malaysia - semak surat emas, overlap, hoverlap, nilai marhun, upah simpan, tebus sebahagian & reset surat. Percuma, kiraan jalan dalam browser, data pengguna kawal sendiri.

Live Versi Bahasa Platform Lesen


Repo ni adalah showcase & dokumentasi publik untuk Kalkulator Surat Ar-Rahnu (SSJ). Source code kalkulator adalah proprietary (tutup). Untuk guna kalkulator, terus buka website di atas - tak perlu install apa-apa.

Apa itu Kalkulator Surat Ar-Rahnu (SSJ)?

SSJ - Suratmu Suratku Jua ialah kalkulator Ar-Rahnu (Islamic pawn / gadai emas Islamik) untuk pengguna Malaysia. Ia bantu pengguna semak kiraan surat Ar-Rahnu sebelum buat keputusan - sama ada nak overlap, reset surat, tebus sebahagian, atau sekadar tengok nilai marhun dan upah simpan.

SSJ direka khusus untuk cara orang Malaysia urus emas di Ar-Rahnu: berbilang bank & operator Ar-Rahnu, kiraan upah simpan ikut tempoh, cuti umum Malaysia, dan mod-mod praktikal seperti overlap dan tebus sebahagian.

⚠️ SSJ ialah alat bantu kira matematik. Ia bukan nasihat kewangan, bukan nasihat pelaburan, dan bukan fatwa Shariah. Keputusan akhir tetap perlu disahkan dengan pihak Ar-Rahnu masing-masing.

Kelebihan Kalkulator SSJ

🧮 Kiraan Ar-Rahnu yang lengkap

  • Semakan surat lama - tengok keadaan surat semasa: jumlah tebus, upah simpan, tempoh surat.
  • Nilai marhun - anggaran nilai emas berdasarkan berat, mutu dan harga emas semasa.
  • Upah simpan - anggaran caj simpanan sepanjang tempoh surat aktif.
  • Berbilang Ar-Rahnu - support pelbagai bank dan operator Ar-Rahnu (formula & kadar ikut pilihan).

⚖️ Mod praktikal untuk urus surat

  • Mod Overlap - banding surat lama vs surat baru dalam Ar-Rahnu yang sama.
  • Mod Hoverlap - banding surat atau tempat berlainan sebelum buat keputusan.
  • Mod Reset Surat - bila harga baru lebih rendah, semak pilihan tambah tunai atau tambah gram.
  • Mod Tebus Sebahagian - tebus emas sedikit demi sedikit, tak perlu tunggu tutup semua surat sekaligus.
  • Mod automatik - lepas data lengkap, SSJ detect mod yang sesuai sendiri. Tak perlu pilih manual.

🔒 Privasi di tahap tertinggi

  • Kiraan dalam browser - kiraan utama jalan dalam peranti pengguna, bukan di server.
  • Server SSJ tak simpan database surat pengguna - data emas, data surat, fail .ssj dan kiraan tak disimpan server-side.
  • Fail .ssj encrypted - simpanan guna AES-GCM via Web Crypto API, setiap save guna IV rawak. Bukan teks biasa.
  • Cloud milik pengguna - save ke Google Drive atau Dropbox akaun sendiri (Dropbox: /Apps/SSJ/Surat/). Server SSJ tak simpan salinan.
  • Boleh semak sendiri - buka kalkulator, tutup internet (flight mode), isi data - kiraan masih jalan.

🎯 Lain-lain

  • Cuti umum Malaysia - SSJ tahu senarai cuti umum untuk bantu kira tempoh surat.
  • 3 aras paparan - Paparan biasa (mudah baca), Paparan tepat (angka detail), Mod lanjutan (isi kadar/manual sendiri).
  • Offline-friendly - lepas load, kiraan asas boleh jalan tanpa internet.
  • Mobile-friendly - responsive untuk telefon dan desktop.
  • Easter eggs - 2 game tersembunyi, 2 preset tersembunyi. Taip tembaktembak untuk game tembak-tembak. Yang lain kena cari sendiri 😉.

Cara guna (3 langkah)

Langkah Buat
1. Pilih Ar-Rahnu Pilih bank / operator Ar-Rahnu supaya formula & kadar ikut pilihan itu.
2. Isi data surat Masukkan tarikh, harga emas, berat, mutu dan data surat.
3. Tengok hasil Semak nilai marhun, anggaran upah simpan, jumlah tebus dan hasil kiraan.

Mod berkaitan (overlap, reset, tebus sebahagian) akan keluar automatik bila data cukup.

Mod Kalkulator SSJ (ringkas)

Mod Untuk apa
Semakan surat Tengok keadaan surat semasa - jumlah tebus, upah simpan, tempoh.
Overlap Banding surat lama vs baru dalam Ar-Rahnu sama.
Hoverlap Banding surat/tempat berlainan sebelum buat keputusan.
Reset surat Bila harga baru lebih rendah - pilih tambah tunai atau tambah gram.
Tebus sebahagian Tebus emas sedikit-sedikit tanpa tutup surat sekaligus.

Soalan selalu ditanya (FAQ)

Apa itu Kalkulator SSJ? Kalkulator Suratmu Suratku Jua bantu semak kiraan Ar-Rahnu seperti surat lama, overlap, hoverlap, reset surat, tebus sebahagian, nilai marhun dan upah simpan.

Apa beza Overlap dan Hoverlap? Overlap biasanya dalam Ar-Rahnu sama. Hoverlap pula biasa digunakan untuk banding surat atau tempat berlainan sebelum buat keputusan.

Duit hasil overlap patut buat apa? Lebih elok dipusing semula untuk beli emas baru atau tebus sebahagian emas lama, bukan untuk belanja hangus.

Bila sesuai guna Tebus Sebahagian? Bila ada duit lebih sedikit demi sedikit setiap bulan dan mahu kurangkan emas tergadai tanpa tunggu semua selesai sekaligus.

Bila sesuai guna Reset Surat? Bila surat mula rasa berat, atau bila mahu semak pilihan tambah tunai dan tambah gram.

Apa itu nilai marhun? Anggaran nilai emas berdasarkan berat, mutu dan harga emas semasa.

Apa itu upah simpan? Caj simpanan yang dikenakan oleh pihak Ar-Rahnu sepanjang tempoh surat aktif.

Apa beza Paparan biasa, Paparan tepat dan Mod lanjutan? Paparan biasa untuk kiraan mudah baca. Paparan tepat untuk semak angka lebih detail. Mod lanjutan untuk pengguna yang nak isi kadar atau nilai manual sendiri. Kalau baru guna, pakai Paparan biasa dulu.

Kalkulator ni ingat cuti umum Malaysia ke? Ya. SSJ ada senarai cuti umum untuk bantu kira tempoh surat.

Kiraan SSJ boleh terus ikut bulat-bulat ke? Tidak. SSJ bantu semakan awal. Keputusan akhir tetap perlu semak dengan pihak Ar-Rahnu masing-masing.

Adakah data surat saya disimpan di server? Untuk kiraan biasa, kandungan surat tidak disimpan dalam database SSJ. Kiraan jalan dalam browser; fail .ssj dikawal pengguna (peranti, Google Drive atau Dropbox akaun sendiri).

Penafian

Kalkulator SSJ adalah alat bantu kira matematik untuk Ar-Rahnu. SSJ bukan nasihat kewangan, bukan nasihat pelaburan, dan bukan fatwa Shariah. SSJ tidak mengeluarkan hukum Shariah. Pengguna bertanggungjawab membuat keputusan kewangan sendiri berdasarkan pertanyaan peribadi, nasihat profesional dan pertimbangan Shariah. Hasil kiraan adalah anggaran; keputusan akhir surat Ar-Rahnu mestilah disahkan dengan pihak Ar-Rahnu masing-masing. Pengguna menggunakan SSJ atas risiko sendiri.

Hak cipta

© 2026 Tengku Azmawee (facebook.com/azmawee). Hak cipta terpelihara.

"Kalkulator SSJ", "Suratmu Suratku Jua", "Pak Jali" dan logo adalah tanda dagangan / karya asli yang dilindungi. Source code kalkulator adalah proprietary. Repo ni untuk showcase & dokumentasi sahaja.

Untuk pertanyaan: freebsd.my/wasabi (WhatsApp).


About

Kalkulator Ar-Rahnu Malaysia — semak surat emas, overlap, hoverlap, nilai marhun, upah simpan, tebus sebahagian & reset surat. https://freebsd.my/arrahnu

Topics

Resources

Stars

0 stars

Watchers

0 watching

Forks

Releases

Packages

Contributors