Koleksi ringkas kosa kata
Bermula Jun 2024, laman dalam talian dinyahaktif dengan sengaja dan secara lalai. Cara menerbit laman menggunakan Pages kini menggunakan Actions, yang lebih rumit. Tumpuan diberi bagi menjana laman di luar talian sahaja.
daftar -- sumber daftar kata
docs -- sumber laman dan kandungan
../baca -- yang berasas
../baca/kandungan.md --
yang tersedia #
../_data -- yang berurus
../_muat -- yang muat bila perlu #
../_usul -- yang bersejarah
../bersuai.md -- yang disedia guna templat #
../_config.yml -- tetapan laman
../index.md -- laman utama
index.md -- fail rujukan di luar talian
LICENSE -- fail salinan lesen projek ini
README.md -- fail asal (laman ini)
# akan disemak semula dan pasti dipermudah
Kebanyakan kandungan dalam projek ini disedia dan disimpan sebagai teks biasa, dengan mana-mana format berikut.
-
Markdown atau
.md--format bagi semua kandungan yang sedia dibaca dan boleh dijana semula menjadi laman HTML. -
YAML atau
.yml--format bagi tetapan laman, bahagian awal laman dan data sendiri, yang guna pasangan teks sepertianu: nilai. -
CSV atau
.csv--format bagi daftar ada makna, yang guna aksara tanda koma sebagai pemisah teks. -
TSV atau
.tsv--format bagi daftar tanpa makna, yang guna aksara jarak lebar atau kekunci<TAB>bagi menggantikan aksara koma sebagai pemisah teks.
Penyunting teks boleh membaca semua kandungan teks tanpa membezakan mana-mana format. Bagaimanapun, perisian yang lebih khusus harus digunakan untuk memapar secara betul.
Markdown yang terpakai bagi sumber ini adalah yang diperluas dan khusus untuk penjana laman Jekyll. Markdown ini merangkumi ciri-ciri yang lazim berserta yang diperluas dengan ciri tambahan seperti jadual dan nota kaki.
Penjana laman Jekyll adalah perisian banyak-dalam-satu yang digunakan untuk membangunkan sumber ini. Jekyll terdiri daripada bahagian seperti:
-
pemproses penanda kramdown untuk menjana semula kandungan teks dalam fail Markdown menjadi laman HTML;
-
bahasa templat Liquid untuk menyokong kod sampingan dalam fail Markdown untuk memuat data melalui YAML dan memuat kandungan secara memilih;
-
sebilangan besar perisian kecil berasaskan Ruby untuk mengenal pasti bahagian awal laman, dan menggabungkan kandungan dan gaya laman.
Sekalipun tidak menggunakan Jekyll, ciri tambahan seperti senarai definisi dan nota kaki masih dapat dipapar secara lalai sebagai perenggan dan pautan biasa.
Penjana laman adalah cara lazim untuk menukarkan Markdown menjadi HTML untuk menyedia laman web. Bagi pengguna umum, pelayar web bersama add-ons adalah cara yang lebih ringkas untuk memapar Markdown secara langsung.